16 February 2012

Sape kate perempuan tak hebat?

Zaman dah moden.. pemikiran orang je yang tak berapa nak moden...
Negara dah lama merdeka... mentaliti manusia je yang belum berapa nak merdeka...

Timbulnye isu bila perempuan buat-buat kerja lelaki ada saje yang pertikaikan.. ada saje yang pandang serong seolah-olah perempuan tak layak buat benda-benda tu semua.. 

hello.. nak aku buktikan ke betapa hebatnya perempuan? ingat... perempuan/wanita jauh lebih hebat berbanding dengan lelaki-lelaki kat luar sana... Allah menciptakan kami istimewa.. Kami diberi kebolehan melahirkan zuriat penyambung keturunan kaum-kaum Adam.. Kami diberi airmata untuk menzahirkan emosi suka duka yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata... Dan kami menjadi pelengkap hidup kaum-kaum Adam luar sana.

Dan sekarang dunia dah moden.. kami mula menjelajah ke bidang-bidang yang dipelopori oleh lelaki... Aeroangkasa.. Penerbangan.. Teknologi... Pembinaan.. Bidang yang majoritinya lelaki.. Ramai dah diantara kami yang berjaya dalam bidang-bidang tu.. 

Tak payah ambil jauh sangat la... macam aku.. bidang penerbangan, menjadi pilihan kalbu (walaupooonnn)... nisbah?? kalau ditanye dengan nisbah?? hmmmm 1:20... BOLEH?? 1 shift ade 20++ orang.. dan hanya sorang perempuan.. ditanya kan, boleh survive?? hmm BOLEH JEEE.... boleh kerja dengan lelaki sedangkan awak sorang je perempuan? BOLEH JEE... boleh kerja setaraf dengan lelaki, apa lelaki buat awak boleh buat.. BOLEH JEE.... so apa masalah dia?

kami hanya minta sikit peluang.. sikit sinar... dan sikit kepercayaan untuk kami buktikan apa yang kami boleh buat.. kalau asyik nak pandang rendah kat kami, in the end asyik cakap kami hanya boleh duduk kat corok dapur je apa guna nya ye tak.. 

kesimpulan... SIAPA KATA PEREMPUAN TAK HEBAT??? 



 
 
 


BOLEH JE AKU SEMAK-SEMAK KAT HELI... =)

p/s: bukan membangga... cuma dah mula bosan dengan orang yang asyik petikaikan aku ni PEREMPUAN.... =.="



No comments:

Post a Comment